Nampaknya kini cuma tinggal namanya saja tidak disebut.Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali kata beliau tahu nama Putera kepada Almarhum Raja Arab Saudi,pemberi sumbangan dana RM2.6 billion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Semasa mengumumkan penutupan kes isu dana itu dan SRC Internatonal pada 26 Januari lalu,beliau hanya menyebut penyumbang itu adalah keluarga diraja Arab Saudi.
Kenyataannya cukup jelas waktu itu.
Katanya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri sudah rekod kenyataan dari penyumbang itu.
Lojik akal kata tidak mungkin Peguam Negara boleh ‘main-main’ buat kenyataan semberono melibatkan keluarga diraja Arab Saudi jika tidak betul.
Ini adalah isu yang serius.
Semua orang tahu hubungan rapat yang sudah lama terjalin antara Malaysia dan Arab Saudi.
Namun puak-puak yang geram nak ‘mandikan’ Najib dengan isu ini masih tidak dapat tidor malam dan mengigau mencari segala jalan yang ada untuk persoalkan lagi pasal dana itu.
Apa lagi motif mereka kalau bukan nak cetuskan macam-macam persepsi.
Peluang ini nampaknya timbul balik ekoran laporan akhbar New York Times kelmarin yang laporkan Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir kata beliau tidak fikir dana RM2.6 billion itu adalah sumbangan politik.
Beliau ‘percaya’ sumbangan itu untuk satu pelaburan di Malaysia.
Kalau baca betul-betul kata-katanya jelas beliau sendiri tidak pasti.
Sebab itu beliau guna perkataan ‘percaya’ saja.
Bukan menjadi rahsia sistem keluarga diraja Arab Saudi yang besar rangkaian itu cukup komplek.
Sudah menjadi kebiasaan ada yang Putera atau mana-mana keluarga diraja buat sesuatu tidak dikeltahui oleh anggota keluarga diraja yang lain.
Selepas kemangkatan Raja Abdullah pada Januari 2015 ,Arab Saudi kini adalah dibawah pemerintahan Raja Salman.
Lagipun Alharhum Raja Abdullah sendiri ada 9 orang Putera dan 10 Puteri.
Dalam interbiu dengan akhbar berbahasa Cina ,Sin Chew yang disiar Sabtu, Peguam Negara kata sumbangan itu bukan diberi oleh Almarhum Raja Abdullah tetapi oleh puteranya.
“ Kita tahu namanya.Baginda masih hidup,”katanya.
Apandi kata SPRM ada rekod kenyataan dari baginda dan beliau telah bacanya.
“Kenapa orang nak tanya sebab sumbangan itu.Soalan ini sudah ditanya kepada penyumbang itu.Baginda ada berbillion.Baginda nak bagi wang kepada siapa…apa halnya.
“Ini adalah wangnya.Ini soal peribadi baginda.Negara kita tidak ada undang-undnag yang kata menerima sumbangan politik adalah salah,”katanya.
Jadi apa isunya di sini yang puak-puak berkenaan memendam rasa bagai nak gila.
SPRM sendiri sudah jumpa Putera anak Almarhum Raja Abdullah.
Kalau tidak percaya pergi jumpa sendiri SPRM tanya apakah betul mereka jumpa Putera itu atau mana 'hantu jembalang'.
Juga bukankah sejak Peguam Negara buat kenyataan sebut nama keluarga diraja Arab Saudi bagi sumbangan itu pada 26 Januari …sampai hari ini tidak ada kenyataan rasmi kerajaan Arab Saudi menafikannya.
Jika tidak betul sudah pasti Kedutaan Arab Saudi atau keluarga Diraja atau kerajaan Arab Saudi sendiri sudah keluarkan kenyataan nafi.
Tunggu punya tunggu sebegini lama kenyataan penafian tidak muncul.
Apa yang dinyatakan oleh Menteri Luar Arab Saudi itu bukan kenyataan rasmi.
Beliau hanya menyatakan pandangannya bila diminta ulas mengenainya oleh wartawan NYT.
Kenyataan rasmi dan kenyataan komen ulas sewaktu diburu wartawan dalam keadaan tidak formal adalah dua perkara yang berbeza.
Namun masalahnya ada yang masih nak buat pura-pura bodoh tidak faham kenyataan Peguam Negara yang cukup jelas itu. - Agenda Daily