ALOR SETAR 22 Feb - Sembilan Adun BN semasa pentadbiran bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kekal sebagai Exco Kerajaan Kedah.

Masing-masing mengangkat sumpah di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong, Tan Sri Tunku Sallehudin Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, kira-kira jam 10.30 pagi, tadi.

Istiadat angkat sumpah itu bermula dengan Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail, Datuk Suraya Yaacob, Datuk Tajul Urus Mat Zain, Datuk Badrol Hisham Hashim, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid, Datuk Tajuddin Abdullah, Datuk Norsabrina Mohd Noor, Datuk Aminuddin Omar dan Datuk Dr Leong Yong Kong.

Bagaimanapun, portfolio Exco berkenaan masih belum diketahui dan akan diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada hari ini.