MINEOLA Rumah 19 Feb - Lelongan di Dallas menjual naskhah komik yang menampilkan kemunculan sulung Spider-Man pada harga $454,100 (RM1.8 juta).

Komik itu dibeli oleh seorang pengumpul yang dirahsiakan dan Heritage Auctions berkata, jualan itu adalah harga rekod lelongan bagi mana-mana komik Spider-Man sebelum ini.

Komik edisi 1962 "Amazing Fantasy" No. 15 diberikan gred seperti baharu dicetak dengan skor 9.4 berdasarkan skala 1 hingga 10.

Walter Yakoboski, dari Long Island, New York, membeli komik itu pada 1980 pada harga AS$1,200 (RM5,019).

Yakoboski berkata, dia membeli beberapa komik yang jarang ditemui ketika usia muda sebagai satu jenis pelaburan.

Pada 2011, seorang pengumpul persendirian membayar AS$1.1 juta (RM4.6 juta) untuk satu naskhah komik sama "Amazing Fantasy" No. 15. - AP