Gara-gara berkongsi gambar menjelirkan lidah ketika berada di Tanah Suci bersama suami melalui Instagram, pelakon Sharifah Sakinah telah dikecam sesetengah peminat dan pengikutnya di laman sosial tersebut.

Seperti biasa, ruang komen menjadi medan untuk mengira dosa dan pahala Sakinah selain masing-masing menyuarakan pendapat berkaitan tingkah laku Sakinah yang dianggap kurang sopan dilakukan ketika berada di sana.
 
Malah ada juga yang sempat bercerita pengalaman mereka ketika di sana.