Pasangan Akim dan Stacy baru sahaja berkahwin namun sudah ada yang mula menyebarkan khabar angin bahawa Stacy sudah pun hamil.

Pun begitu, Akim memberitahu bahawa Stacy belum lagi hamil kerana baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka iaitu pada 5 Februari lalu.

"Untuk makluman semua, Stacy masih belum hamil. Kami baru sahaja kahwin dan baru nak masuk minggu ketiga.

"Benar saya sukakan budak dan sudah tentu tidak sabar untuk jadi seorang bapa, sebab saya sudah bersedia. Saya juga tidak menyalahkan peminat, mungkin mereka teruja," katanya.

Dalam pada itu Akim turut menegaskan, bahawa dirinya sudah bersedia untuk jadi seorang bapa, bukan bermaksud Stacy sudah hamil.