Khabar angin bahawa Adira sudah mengandung mula timbul apabila suaminya itu meninggalkan komen dalam emoticon botol susu – mungkin memberi gambaran cahaya mata.

Peka dengan komen tersebut, rakan-rakan dan juga peminat Adira mula mengucapkan tahniah di atas perkara tersebut.

Bagaimanapun, Adira tidak mengiyakan atau menafikan perkara tersebut di ruangan komen.