KUALA LUMPUR 22 Feb - Bursa Malaysia dibuka rendah 3.07 mata kepada 1,671.81 sebelum segera melonjak kembali kepada 1675.98 susulan pelabur terus berhati-hati dengan perkembangan luar.

Pasaran tempatan berlegar sekitar paras tertinggi 1676.42 dan terendah 1670.47 untuk tempoh 30 minit pertama ketika dibuka dengan purata sekitar 1671.41.

Sentimen negatif pasaran minyak terus mempengaruhi pasaran, bagaimanapun dibayangi prestasi positif sektor lain yang menyaksikan sebanyak 242 kaunter untung, 146 kaunter rugi, manakala 189 kaunter tidak berubah.

Sejumlah 22.53 juta lot didagangkan dengan momentum dagangan menjejaki prestasi pasaran Asia yang lain.