CHUKAI: Susulan kemalangan di Kilometer 288.6, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang mengorbankan enam sekeluarga Ahad lalu, Ahmad Nasal Abd Rahman dibenarkan keluar hospital, petang semalam.

Beliau yang menjalani rawatan di Hospital Kemaman, dilaporkan semakin pulih dan dibenarkan keluar."Tiga lagi anak Ahmad Nasal, kini masih menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, enam maut manakala empat lagi parah selepas kenderaan pelbagai guna yang mereka naiki itu terbabas dan merempuh tiang jejantas di LPT2

"Keadaan mereka semakin menunjukkan perkembangan positif dan kini ditempatkan di wad biasa HSNZ," menurut BH online, hari ini.

Beliau berkata, Ahmad Shakir, 12, yang sebelum ini dirawat di Hospital Kemaman, dihantar ke HSNZ, jam 3 petang semalam, manakala Ahmad Mukriz, 4, dan Quratul Ain, 14, dibawa ke HSNZ terlebih dahulu pada malam kejadian.

Sumber: BH Online