KUALA LUMPUR: Pengerusi Gerakan Merah Datuk Seri Jamal Yunos mengambil keputusan untuk ‘memasak’ beberapa salinan kertas yang mengandungi perjanjian perkhidmatan pembayaran perubatan oleh salah satu syarikat insurans terkemuka, hari ini.


“Prudential BSN pembohong, tidak bertanggungjawab, selalu mendustai orang. Hanya memikirkan keutungan semata mata tetapi terlupa untuk memberi perkhidmatan seperti yang dijanjikan seperti yang ada dalam lampiraan salinan ini.


“Saya malas nak sebut nama beliau (merujuk kepada nama Ketua Pegawai Eksekutif). Ini adalah isi kandungan yang dicetak tetapi tidak ditepati. Saya amat kecewa dengan apa yang berlaku dengan apa yang dilakukan terhadap saya,” ujarnya dalam video berdurasi hampir 2 minit itu.


Tambah beliau, abu dari lampiran yang ‘dimasak’ itu akan dimasukkan ke dalam sampul surat dan bakal dihantar ke ibu pejabat Takaful BSN dalam masa terdekat.


Terdahulu, Jamal menfailkan tuntutan saman terhadap syarikat insurans berkenaan bagi menuntut hak atas kegagalan perkhidmatan pembayaran perubatan kepada anaknya.


Menurut beliau, tindakan ini bagi memberikan pengajaran kepada syarikat insurans yang tidak peka dalam memastikan setiap pemegang kad insurans mendapat pembelaan sewajarnya apabila berlakunya sebarang kecelakaan dan kemalangan.