NEW YORK: Susulan ancaman bom, sebuah pesawat Lufthansa terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy (JFK) di New York.

Jurucakap Pihak Berkuasa Lapangan Terbang, Steve Coleman, berkata pesawat itu dalam penerbangan dari Houston, Texas ke Frankfurt malam tadi apabila panggilan ancaman diterima ibu pejabat syarikat penerbangan itu di Cologne, Jerman.

Menurut beliau,juruterbang dimaklumkan dan memilih melencong ke JFK sebagai langkah berjaga-jaga. Ia dibawa ke tempat terpencil lapangan terbang itu sebelum 530 penumpang dan kru dipindahkan. Tiada bahan mencurigakan ditemui selepas pesawat itu diperiksa.

Sumber: Agensi