PUTRAJAYA : Kabinet hari ini telah memutuskan skuad Harimau Malaysia akan meneruskan saingan dalam Piala AFF Suzuki 2016 di Myanmar.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kabinet yang berlangsung pagi tadi dan ia dimaklumkan kepada media oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Sebelum ini beberapa pihak telah mengusulkan agar pasukan kebangsaan menarik diri kerana penindasan yang dibuat ke atas etnik Rohingya di negara itu.

Khairy turut memaklumkan tindakan diplomatik berhubung isu itu akan dikeluarkan oleh kementerian yang bertanggungjawab tidak lama lagi.

"Kabinet membuat keputusan untuk terus selesaikan perlawanan di Myanmar. Tindakan diplomatik seterusnya akan dibuat selepas ini oleh Kementerian Luar Nege

Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberitahu mereka tidak akan menarik diri kerana ia akan membawa implikasi yang lebih besar.

Pasukan negara akan menentang Myanmar dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, esok.