OLD TRAFFORD 20 Nov - Pertembungan dua gergasi liga, Manchester United dan Arsenal di Old Trafford yang dijangka sengit, sekadar berlangsung hambar dan berakhir dengan keputusan seri satu sama.

MU gagal untuk memanfaatkan permainan di tempat sendiri untuk mencipta kemenangan yang begitu dikehendaki jurulatih Jose Mourinho.

Berdasarkan rekod 48 pertemuan lalu, anak buah Mourinho jelas mendominasi saingan, namun gagal membolosi benteng pertahanan skuad The Gunners.

MU mendahului perlawanan menerusi jaringan cantik Juan Mata pada minit ke-68.

Namun, MU gagal mempertahankan kelebihan satu jaringan gol apabila penyerang Arsenal, Olivier Giroud menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan pada minit-minit terakhir perlawanan.