SEKINCHAN 26 Nov - Pengerusi Gerakan Baju Merah, Dato' Sri Jamal Md Yunos membidas kegagalan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Dato' Sri Azmin Ali dalam mengotakan janji membela nasib rakyat.

Beliau berkata, Pakatan Pembangkang dan rakan sekutunya termasuk ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim memungkiri janji-janji pada Pilihan Raya Umum ke-13 semata-mata untuk kekal berkuasa.

Jamal berkata demikian ketika melancarkan kempen BERSIH 7 : Selamatkan Selangor di Taman Aman dan Kampung Penerangan di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut mengedarkan risalah penerangan mengenai kegagalan Kerajaan Negeri Selangor dalam membela nasib rakyat.

Jamal turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada penduduk kawasan.