SEKINCHAN 26 Nov - Gerakan Baju Merah diketuai Dato' Sri Jamal Md Yunos memulakan program BERSIH 7 : Selamatkan Selangor di sini pagi ini dengan acara santai bersarapan pagi sebelum mengedarkan flyers kepada masyarakat di kawasan pasar awam Sekinchan.

Beliau dijangka akan turut menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di Dewan Kemas Taman Aman Sekinchan pada sekitar jam 11 pagi seterusnya di Dewan Mini Kampung Penerangan Sekinchan pada jam 12 tengahari.

Program ini dijangka berakhir pada jam 8:30 malam ini dengan menyampaikan sumbangan dan mengedarkan flyers di Dewan Dato Sumadi Parit 7 Sekinchan.

Gerakan Baju Merah melancarkan kempen BERSIH 7 : Selamatkan Selangor sebagai tanda ketidakpuasan hati mewakili rakyat terhadap kepimpinan Dato Sri Azmin Ali yang gagal dalam memberikan khidmat sebagaimana yang dijanjikan.

Antara tuntutan BERSIH 7 adalah : -

1.Kerajaan Telus,Bersih & Berintegriti
2.Manifesto & Janji PRU13
3.Keperluan Air Bersih
4.Penyelewengan Wang Rakyat
5.Pemilikan Rumah Mampu Milik
6.Kronisma
7.Kerajaan Caca Marba

Berikut merupakan jadual progam BERSIH 7 : Selamatkan Selangor di Sekinchan hari ini :

1. Jam 10.00 pagi.
Tempat: Gerai makan depan pasar awam sekinchan sarapan pagi / santai dan pengedaran flyers bersama Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Dato Sri Jamal Md Yunus.

2. Jam 11.00 pagi
Tempat: Dewan Kemas Taman Aman Sekinchan - penyampaian sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan mengedarkan flyers.

3. Jam 12.00 t/hari
Tempat: Dewan mini Kampung Penerangan Sekinchan penyampaian sumbangan kepada yang memerlukan dan pengedaran flyers.

4. Jam 8.30 mlm
Tempat: Dewan Dato Sumadi Parit 7 Sekinchan penyampaian sumbangan dan pengedaran flyers.