AMPANG 19 Nov -Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Dato' Sri Jamal Yunos direman empat hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan di Ampang Point, Ahad lalu.

Majistret Mohd Izwan Mohd Noh mengeluarkan perintah reman itu terhadap Jamal dan dua lagi aktivis gabungan NGO, Ariffin Abu Bakar dan Abdul Razak.

Jamal yang ditahan polis di sebuah hotel di Jalan Ampang akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 dan Seksyen 353 akta yang sama.

Difahamkan ketiga-tiga mereka ditahan kerana mengganggu penjawat awam menjalankan tugas dan kekerasan.

Penasihat Undang-Undang Gerakan Merah, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, ketiga-tiga mereka akan dibawa ke lokap berpusat Shah Alam.