KUALA LUMPUR 25 Nov - Lebih 1,000 penunjuk perasaan termasuk masyarakat Rohingya diketuai Gerakan Baju Merah menyertai tunjuk perasaan di dua lokasi berbeza di ibu negara hari ini.

Perarakan telah diadakan sebagai membantah keganasan yang semakin meningkat di Myanmar di mana lebih daripada 100 orang dilaporkan telah terbunuh berikutan tindakan keras tentera bulan lalu.

Sekurang-kurangnya 500 penunjuk perasaan berkumpul di perkarangan Masjid Tabung Haji dan mendengar ceramah selepas solat Jumaat, manakala 400 lagi berarak ke Kedutaan Republik Kesatuan Myanmar.

Turut kelihatan di kedutaan tersebut terdiri daripada Pengerusi Gerakan Baju Merah, Datuk Sri Jamal Md Yunos dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Arman Azha Abu Hanifah.

Pada masa ini, tiga individu yang dipercayai Rohingya Islam, telah ditangkap dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.