ISTANBUL 24 Nov - Satu letupan menggegarkan bangunan pejabat gabenor di bandar raya Adana di selatan Turki pada Khamis, menyebabkan lima cedera, seorang daripadanya parah, lapor stesen televisyen CNN Turk.

Ia menyiarkan video kenderaan yang terbakar di luar bangunan pejabat gabenor dan asap tebal naik ke udara.

Punca letupan masih belum diketahui. - REUTERS