JAKARTA 21 Nov - Pasukan keselamatan Indonesia menahan lima lelaki disyaki merekrut militan untuk menyertai kumpulan Daesh, lapor media tempatan.

Laporan akhbar Jakarta Globe menyatakan, suspek ditahan pada Jumaat lalu di Bandaraya Bekasi, tidak sampai 32 kilometer dari Jakarta.

Indonesia diletakkan dalam keadaan amat berjaga-jaga sejak serangan di ibu kota negara itu Januari lalu, apabila siri letupan dan tembakan berlaku di tengah bandar raya, berhampiran pusat penerangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Empat penduduk awam maut dan empat penyerang terbunuh manakala lebih 20 lagi cedera dalam serangan itu.

Militan Daesh diharamkan di banyak negara termasuk Russia.

Ia menawan sebahagian besar Iraq dan Syria dan mendakwa bertanggungjawab di atas siri serangan di pelbagai negara.

Menurut statistik rasmi, kira-kira 500 rakyat Indonesia pergi ke Syria untuk menyertai kumpulan militan itu. - AGENSI