ELKO, NEVADA 20 Nov - Empat orang terbunuh selepas sebuah pesawat kecil terhempas, di sini, hari ini.

Jurucakap Pentadbir Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA), Allen Kenitzer, berkata punca pesawat Piper PA 31 itu terhempas masih tidak diketahui.

Seorang pakar kardiologi memberitahu akhbar Elko Daily Free Press, pesawat itu membawa seorang pesakit jantung ke Universiti Utah.

Ia terhempas di tempat parkir syarikat Bariick Gold Corp, menyebabkan beberapa letupan dan mencetuskan kebakaran berhampiran sebuah kasino.

Sementara itu, FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) negara akan menyiasat punca nahas itu. - AP