SYDNEY 14 Nov - Gempa bumi kuat 6.2 magnitud melanda Pulau Selatan, New Zealand pagi ini, menurut Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), beberapa jam selepas satu gempa bumi lebih kuat yang mengorbankan dua nyawa dan merosakkan bangunan di pantai timur pulau itu.

Gempa bumi terbaharu itu pada mulanya diukur pada 6.8 magnitud. Ia berlaku pada 1.45 tengah hari waktu tempatan (8.45 pagi waktu Malaysia) pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 120 kilometer ke timur laut Christchurch. - Reuters