Pentas separuh akhir Gegar Vaganza 3 (GV3) menyaksikan enam artis akan berentap untuk gelaran juara musim kali ini.

Mereka yang layak ialah Azharina yang mendapat undian tertinggi sebanyak 80.8 peratus, Zarul (79.5 peratus), Siti Sarah (78.20 peratus), Intan Sarafina (76.90 peratus), Ameng (71.5 peratus) dan Gmie (63.35 peratus).

Berlainan dengan minggu sebelum ini, persembahan pembukaan di meriahkan oleh penaja utama GV3, Datuk Seri Vida dengan mendendangkan lagu 'Gadis dan Bunga' selain persembahan dari juri jemputan Puan Sri Tiara Jaquelina.

Kelainan pentas separuh akhir juga melihat kumpulan peminat Gmie memenangi 'Kelab Peminat Paling Menyengat' sekali gus membolehkan Gmie menerima hadiah ubah suai rumah sebanyak RM10,000.

Dendangan lagu 'Sandiwara' dan 'Lagu Untukmu' oleh Nora tidak mampu melayakkan dirinya ke pentas akhir selepas diumumkan sebagai peserta yang mendapat undian terendah 61.25 peratus. Nora yang menganggap sebagai tiada rezeki dan tidak mahu ulas lanjut isu penyingkiranya di 'sabotaj'. Ini kerana dirinya terpalit dengan kontroversi menukar lagu.

Pentas akhir yang akan berlangsung pada 4 Dis akan menyaksikan saingan sengit enam peserta dalam menyampaikan dua buah lagu secara medley.