Gara gara kenyataan dari Nora Danish tentang pengecualian cukai oleh pelakon ini telah dimanipulasi, pelakon wanita ini terpaksa mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang berkenaan.

“Pada 3 November 2016, saya telah ditemubual oleh Utusan Malaysia. Kenyataan yang telah saya beri dalam temubual tersebut telah disalah tafsir dan dimanipulasi oleh beberapa organisasi media dan portal online”

“Sesi temubual tersebut dan kenyataan-kenyataan saya telah diambil luar daripada konteks dan telah disensasikan oleh beberapa akhbar, blog dan pelbagai media secara amnya, termasuk dan tidak terhad kepada tajuk laporan seperti Nora Danish Memohon Agar Artis Diberikan Pengecualian Cukai Untuk Kelihatan Cantik,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Nora, dia tidak pernah menyatakan perlunya pengecualian cukai kepada golongan artis sebaliknya cuma memberi komen tentang penolakan di bawah S.39 Akta Cukai Pendapatan 1967. Itu dia, siap ada penerangan terperinci tentang akta cukai lagi.

Akibat daripada isu berkenaan, kehidupan peribadi, hubungan dengan pihak ketiga yang tiada kena mengena dengan isu tersebut serta perniagaannya telah menerima kesan kebencian, menimbulkan skandal dan menerima penghinaan seterusnya menjejaskan kariernya seterusnya membuatkan Nora melantik peguam dan membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.