Komposer dan Pengarah Muzik, Datuk Ramli MS akhirnya memberi respons terhadap komen yang diberikannya terhadap salah seorang peserta Gegar Vaganza, Elly Mazlein.

Beliau yang mengeluarkan kenyataan menerusi laman instagram menegur sesetengah peminat yang terlalu taksub dengan artis kesayangan mereka di laman sosial berkenaan

“Pada yang nak hamun, mengata, sila hormat diri sendiri. Kau masuk rumah orang sesuka hati, tetapi private rumah kau.
"Jangan huru-harakan kehidupan kau.

"Tiada guna saya menyekat anda kerana tidak mustahil anda buka akaun palsu lain.

“Adik, sudah-sudahlah menipu diri sendiri. Cepat atau lambat kau kena hadapi kenyataan dalam bentuk positif,” katanya dipetik daripada muatnaik di Instagram.

Baru baru ini, Ramli MS telah menjadi bahan kritikan dan juga makian kerana telah meninggalkan komen jujur sehingga membuatkan Elly Mazlein menarik diri daripada program Gegar Vaganza.

Malah isteri Ramli MS iaitu Alyah turut menjadi mangsa peminat taksub Elly.

Berpunca daripada penarikan diri Elly itu juga, ada segelintir pengguna laman sosial yang percaya bahawa perkara tersebut hanyalah sekadar drama dan gimik lebih lebih lagi baru baru ini, Elly sendiri seakan berteka teki untuk kembali ke Gegar Vaganza.