Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein berkata isu yang melibatkannya bersama pelakon senior, Fauziah Datuk Ahmad Daud yang telah melabelkannya sebagai drama queen baru-baru ini di laman sosial, tidak mengambil hati malah menghormati pandangan aktres senior itu.

“Saya menghormati dia sebagai seorang yang senior dan menganggap dia ibarat emak.

"Walau apa pun Kak Ogy cakap atau serang saya secara peribadi, saya tetap hormati dia, sebagai orang yang lebih tua daripada saya,” katanya kepada Rotikaya.

Dalam kenyataan Fauziah Ahmad Daud sebelum ini mengatakan bahawa dia turut mengenali Elly Mazlein kerana pernah bekerjasama dalam drama di bawah pengarahannya sekitar tahun 2005.

Namun bagi Elly Mazlein menjelaskan bahawa dia belum sempat untuk bersua atau beramah mesra semasa sesi penggambaran tersebut disebabkan pelakon senior tersebut hanya menjadi pengarahnya dalam masa beberapa minggu sahaja sebelum diambik alih oleh pengarah lain.

“Walaupun Kak Ogy kata yang dia kenal saya sebab dia pernah mengarah saya. Tapi sayang sekali, ketika itu saya tak dapat mengenali dia sangat sebenarnya. Tapi saya tetap menghormatinya sebagai pengarah.

“Ketika itu, kak ogy tak mengarah drama itu sampai habis. Jadi bila Kak Ogy cakap yang dia mengenali saya sewaktu mengarah, saya sukalah sebab dia ambil berat dan kenal saya,” jelasnya lagi.

Elly Mazlein turut berkata, sebagai seorang anak seni dia berharap agar mereka semua bersatu dalam industri seni tempatan dan sekiranya mahu menegur seseorang artis itu perlulah dengan cara yang lebih berhemah.

“Kita kena bersatu sebab kita dalam industri yang sama, nak tegur ke nak apa banyak cara yang lebih bagus macam Kak Ogy boleh hubungi saya. Instagram Kak Ogy saya request sebab nak lebih dekat dengan dia.

“Kita nak gaduh sampai bila sayang dalam industri kita ini kecil, sepatutnya kita lebih bersatu kuat. Kalau tak gembira dengan orang itu, kenapa tak pilih jalan yang itu, iaitu menghubungi saya.

"Dengan cara memburukkan, menjatuhkan orang, dan mengeluarkan kata-kata begitu mencerminkan diri kita.

“Jadi bila cakap macam itu dengan saya, sedikit sebanyak buat saya jadi kuat dan sebenarnya bagus bila orang cerca kita begini membuatkan saya lebih bersemangat,” katanya.