KUALA LUMPUR 4 Okt - Pengerusi Gabungan NGO- NGO Malaysia, Dato' Sri Jamal Md Yunos hari ini menyerahkan bukti serta dokumen kepada pihak polis berkenaan penganjuran BERSIH 5 yang diresapi oleh elemen pengganas seperti IS dan DAESH untuk menjatuhkan kerajaan dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, bukti yang diserahkan ini diperoehi dari sumber-sumbe dalaman yang boleh dipercayai.

"Kami mendapat maklumat ini daripada sumber- sumber dalaman yang boleh dpercayai.

"Ianya dirancang rapi bagi menanam kebencian terhadap rakyat," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Jalan Bukit Aman, Tasik Perdana di sini hari ini.

Beliau menegaskan, BERSIH 5 telah menggunakan khidmat konsultan dari Thailand dalam melakukan strategi menjatuhkan Perdana Menteri secara tidak demokratik.

Katanya, pihaknya akan menentang habis-habisan niat jahat BERSIH 5 yang sanggup menggunakan kaedah keganasan dalam menumbangkan kerajaan.

"Kita bimbang kerana mereka merancang untuk melakukan hasutan dan menawan kawasan-kawasan strategik seperti di KLIA, KLA2 dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

"Dan yang lebih kita khuatir bagaimana IS dan DAESH boleh diresapi dalam perhimpunan BERSIH 5," ujarnya.

Jamal turut menyeru agar rakyat tidak terlibat dengan BERSIH 5 bagi memelihara keamanan negara.

Ujarnya, pihak Gabungan NGO-NGO Malaysia menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.