Selepas hubungan cinta bersama dengan Kamal Adli dikatakan berantakan, Emma Maembong dikaitkan pula dengan Raf Yaakob. Bagaimanapun, hubungan itu dikatakan hanya drama semata-mata bagi menutup hubungan istimewa yang terjalin bersama Kamal. Malah hubungan cinta mereka bertambah serius apabila Kamal dikatakan bakal merisik Emma pada hujung tahun ini.

“Yang penting Miss j dengar Emma dalam diam ada khabar gembira. Perancangan tentang masa depan mereka bersama. Dengarnya, Emma bakal diikat dengan Kamal pada penghujung tahun ini. Satu majlis merisik bakal diadakan bagi menandakan Emma adalah milik Kamal”

“Miss J tak pasti bila tarikh majlis itu akan diadakan. Yang pasti sudah ada perancangan ke arah itu dan mendapat persetujuan kedua-dua pihak. Sebab khabarnya, Emma memang sudah lama bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan,” katanya dalam ruangan Miss J di Utusan Online.

Menerusi ruangan Miss J, difahamkan satu majlis merisik bakal berlangsung pada penghujung tahun ini bagi menandakan Emma adalah milik Kamal. Malah pada masa yang sama, kedua-dua belah keluarga juga sudah mencapat persetujuan untuk mengadakan majlis berkenaan memandangkan Emma juga sudah lama bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak masih belum memberikan sebarang komen mengenai dakwaan ini. Tetapi jika benar mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, harapnya perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Pasti ramai yang tidak sabar ingin melihat Kamal dan Emma naik pelamin bersama, memang sama manis sama padan.