Kalau dulu pernah digosipkan dengan Mira Filzah, kini oleh kerana penangan drama Suri Hati Mr. Pilot, Fattah Amin dikatakan bercinta pula dengan Neelofa.

Bagaimanapun Fattah menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa semua gambar mesra mereka di laman sosial hanyalah bertujuan untuk mempromosikan drama terbabit yang tengah hangat ditayangkan.

“Seperti mana yang saya katakan sebelum ini, kami cuma rakan biasa sahaja.

Jadi, setiap dakwaan yang mengatakan kami bercinta sebenarnya sekadar gosip semata-mata. Keserasian sesama kami muncul secara natural dan tidak dibuat-buat, selain masing-masing berusaha untuk memberikan yang terbaik seperti mana yang dikehendaki oleh pihak pengarah”

“Seperti mana yang saya katakan sebelum ini, kami cuma rakan biasa sahaja. Jadi, setiap dakwaan yang mengatakan kami bercinta sebenarnya sekadar gosip semata-mata.

Keserasian sesama kami muncul secara natural dan tidak dibuat-buat, selain masing-masing berusaha untuk memberikan yang terbaik seperti mana yang dikehendaki oleh pihak pengarah”