Diceraikan ketika kandungan berusia lima bulan membuatkan Elly Mazlein menyesal dengan perkahwinan yang dibina bersama bekas suami, Azmi Hatta. Pengakuan berani Faye Kusairi mengatakan bekas suami Elly merupakan kekasihnya pula menjadikan pengalaman berumah tangga satu sejarah hitam buat Elly sehingga dirinya serik membuka hati untuk lelaki lagi.

“Serik dengan lelaki? Jawapan saya ialah sangat serik. Adakalanya saya terasa menyesal dengan perkahwinan yang saya anggap satu sejarah hitam dalam hidup saya. Buat masa ini, memang saya tidak berhajat dan tidak pernah terfikir mengenai lelaki. Cukuplah ada Sephia dan bapa saya sahaja dalam hidup ketika ini, soal lain saya ketepikan dulu. Saya dah serik”

Sementara itu, Elly tidak kisah jika orang ramai memandangnya seolah meraih simpati dengan luahan hatinya itu kerana simpati itulah yang membuka pintu rezekinya kembali selepas dua tahun tidak bekerja. Untuk pengetahuan semua, Elly telah terpilih menyertai program nyanyian Gegar Vaganza musim ketiga selepas menolak tawaran itu ketika mengandung.