KUALA LUMPUR 10 Okt - Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd meminta semua pemilik Samsung Galaxy Note7 untuk mematikan peranti mereka serta-merta.

Sehubungan itu, mereka ada pilihan sama ada untuk mendapatkan balik wang atau menukarnya kepada Samsung Galaxy S7edge dengan memulangkan semula Samsung Galaxy Note7.

Pemilik Samsung Galaxy Note7 akan dihubungi bermula esok oleh Khidmat Pelanggan Samsung, pengendali rangkaian mudah alih berkaitan atau rakan peruncit mengenai butiran pemulangan balik wang atau program pertukaran.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Talian Samsung Malaysia di 1-800-88-7799.

SME juga memohon maaf atas semua kesulitan yang berlaku.